Happy New Year 2011 everyone........
Apa rancangan & azam tahun baru nie????Pada saya sama aje tiap2 tahun.......Doa agar dimurahkan rezeki, sehat sentiasa,anak2 berjaya dalam pelajarn dan keluarga sentiasa bahagia....
Hari in 1-1-11.........saya buat party harijadi for my special teenage daughter.....my eldest Rashiqah Suraya's 21st birthday....actually her birthday is on the 8th jan tapi kena buat today coz next week ramai sedar yg tak ada.......
hmmm dah besar & dah jadi anak dara lah Yaya......Yaya happy sangat sambut birthday first time kat Marang ni walaupun Babah,aunty,iman,ibu/ayah,umi/P.lang,a.leez/u,didep & a.kiki/P.usu Boy tak de sekali
Wish Yaya "Happiness always,sehat sentiasa &Ceria selalu
Saturday, January 1, 2011
Monday, December 27, 2010
PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL
PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL
BAHAN-BAHAN:
½ Paket tepung Custard
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
½ kotak fresh milk (500ml)
1 tin fruit cocktail
1 tin lychee/longan
CARA MEMBUAT:
1.Cairkan tepung custard dengan fresh milk hingga custard sebati dan tidak berketul
2.Panaskan susu pekat dgn 4 cawan air dalam periuk
3.Bila susu mendidih, masukkan custard yg telah dicairkan
4.Kacau aduan hingga menjadi likat.
5.Tuang custard kedalam acuan dan biar hingga sejuk
6.Campurkan susu cair,fruit cocktail & lychee/longan kedalam mangkuk.
7. Masukkan pudding kedalam peti sejuk & tuang fruit cocktail keatas pudding
Sebelum di hidang
Monday, December 6, 2010
SALAM MAAL HIJRAH 1432
Salam semua........Selamat Menyambut Tahun Baru,Salam Maal Hijrah
Apa maksud Hijrah bagi anda? Terpulanglah pada diri masing2....nak berhijrah ke tempat lain,muhasabah diri,hijrah dari buruk ke baik,hijrah ke tempat kerja baru dll.Bagi saya apa-apa yang ingin dilakukan tak semestinya kita tunggu Awal Muharam atau 31 Disember setiap tahun baru nak berazam dan buat perubahan sama ada pada diri atau sebagainye....
Apa-apa pun semuga anda semua selamat sejahtera,diberkati ALLAH, dikurniakan rezeki yang melimpah -ruah, sehat sentiasa.....AMEEN

Friday, November 26, 2010
Resipi #3: GULAI KAWAH DAGING
Hari ini dah tak tahu nak masak apa untuk lunch, tengok dalam fridge ada daging korban yg di beri jiran.Hmmm nak buat apa ye! lantas teringat ada beli rempah gulai kawah dan daging gulai adalah masakan yg digemari oleh Dania (anak perempuan ketiga).....katanya "my Favourite"......Jadi inilah resipinye
GULAI KAWAH DAGING
Bahan A
1kg Daging (dipotong kiub & di gaul dgn kerisik)
100gm rempah gulai kawah
3 biji ubi kentang (dipotong empat)
1/4 gula melaka/3 sudu gula
100 gm kerisik (digaul dgn daging)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
1/2 kg santan
garam secukup rasa
Bahan B : untuk dikisar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1" halia
20 tangkai cili kering
Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga garing
2.Masukkan rempah gulai kawah,air asam jawa, belacan dan gula . kacau hingga sebati
3.Masukkan daging yg telah diperap dgn kerisik tadi dan masak hingga daging empuk
4.Masukkan santan & ubi kentang tunggu hingga mendidih
5.Masukkan garam secukup rasa.
6.kacau hingga sebati dan boleh dihidang
Selamat Mencuba dari Mama Gee

Friday, November 19, 2010
Resipi #2: Ayam Mat Kassim
Resepi kali ini adalah menu kegemaran keluarga sejak diperkenalkan oleh arwah ibu mertua adik ku Rozza sepuluh tahun dulu....Kini ia menjadi menu utama semasa sambutan hari raya. Mengapa nama masakan ini dinamakan Ayam Mat Kassim? menurut arwah ibu mertua Rozza.....ia dicipta oleh seorang lelaki bernama Mat kassim berasal dr Kg Baru.
Sejak berpindah ke Marang,Terengganu, saya membuat resipi ini semasa hari raya 3tahun dulu dan menjadi kegemaran keluarga disini pula.........
kalau nak tahu sedapnye ayam ni sebab rasa pedas, masam, masin, manis.....silah cuba!
AYAM MAT KASSIM

1 ekor ayam (dipotong kecil)
15 bj cili kering- dikisar
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- dihiris
Daun kari
2 sudu besar Kicap
Gula &garam secukup rasa
2 sudu besar asam jawa
CARA MEMBUAT:
- Goreng ayam seperti biasa dgn garam & serbuk kunyit
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daun kari & bawang putih.
- Kemudian masukkan cili kering & tumis hingga setengah masak, kemudian masukkan bawang yang telah diblend. Kacau kesemuanya hingga hamper kering.
- Masukkan gula, garam, kicap & asam jawa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.
Tuesday, November 9, 2010
Resipi #1: Macaroni Goreng
Salah satu hidangan 'favourite' utk dijamu pada org yg dtg kerumah atau jamuan.........
MACARONI GORENG
1 Bungkus Macaroni
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- ditumbuk
10biji cili kering – dikisar
500gm daging kisar (minced beef)
1 tin cendawan butang – dihiris
2 btg Carrot – dihiris
3 bj cili benggala (kuning,merah,hijau) – dihiris
2 bungkus bebola ikan/fish cake – di potong kecil
gula,garam,
CARA MEMBUAT:
- Macaroni direbus dgn air hingga kembang.(masukkan garam dlm air & rebus lebih kurang 10-15minit)
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil, putih & besar dan masukkan cili kering.Kacau hingga cili masak.
- Masukkan daging kisar, bebola ikan, fish cake& cendawan. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga empuk.
- Kemudian masukkan carrot & cili. Gaul kesemua bahan lebih kurang 10 minit. Masukkan macaroni yang telah direbus.
Monday, November 1, 2010
Masih adakah lagi????
Hari ni ada terbaca di beberapa akhbar harian tentang seorang suami di Kemaman sanggup menyelamatkan isterinya dari disengat beribu ekor lebah hingga dia sendiri yg maut akibat disengat. Sungguh memilukan namun ada juga suami sanggup berkorban demi isteri tersayang.......
Tapi masih ramai lagikah suami yang sebegini di zaman sekarang????
Sebaliknya di Bintulu pula, ada seorang suami , tanpa usul periksa sanggup menendang & memijak si isteri sampai mati di sebuah kedai di hadapan anaknya sendiri setelah melihat isteri minum bersama seorang lelaki.Inilah akibatnya kalau terlalu cemburu & melakukan perbuatan kejam tanpa berbincang atau bertanya dahulu sampaikan isteri sendiri terkorban.
Jadi.....kesimpulannya masih adakah lagi?????

Subscribe to:
Posts (Atom)