Friday, November 26, 2010

Resipi #3: GULAI KAWAH DAGING

Hari ini dah tak tahu nak masak apa untuk lunch, tengok dalam fridge ada daging korban yg di beri jiran.Hmmm nak buat apa ye! lantas teringat ada beli rempah gulai kawah dan daging gulai adalah masakan yg digemari oleh Dania (anak perempuan ketiga).....katanya "my Favourite"......Jadi inilah resipinye



GULAI KAWAH DAGING


Bahan A
1kg Daging (dipotong kiub & di gaul dgn kerisik)
100gm rempah gulai kawah
3 biji ubi kentang (dipotong empat)
1/4 gula melaka/3 sudu gula
100 gm kerisik (digaul dgn daging)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
1/2 kg santan
garam secukup rasa

Bahan B : untuk dikisar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1" halia
20 tangkai cili kering

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga garing
2.Masukkan rempah gulai kawah,air asam jawa, belacan dan gula . kacau hingga sebati
3.Masukkan daging yg telah diperap dgn kerisik tadi dan masak hingga daging empuk
4.Masukkan santan & ubi kentang tunggu hingga mendidih
5.Masukkan garam secukup rasa.
6.kacau hingga sebati dan boleh dihidang

Selamat Mencuba dari Mama Gee


Friday, November 19, 2010

Resipi #2: Ayam Mat Kassim

Resepi kali ini adalah menu kegemaran keluarga sejak diperkenalkan oleh arwah ibu mertua adik ku Rozza sepuluh tahun dulu....Kini ia menjadi menu utama semasa sambutan hari raya. Mengapa nama masakan ini dinamakan Ayam Mat Kassim? menurut arwah ibu mertua Rozza.....ia dicipta oleh seorang lelaki bernama Mat kassim berasal dr Kg Baru.

Sejak berpindah ke Marang,Terengganu, saya membuat resipi ini semasa hari raya 3tahun dulu dan menjadi kegemaran keluarga disini pula.........

kalau nak tahu sedapnye ayam ni sebab rasa pedas, masam, masin, manis.....silah cuba!



AYAM MAT KASSIM

1 ekor ayam (dipotong kecil)
15 bj cili kering- dikisar
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar        
5 ulas bawang putih- dihiris
Daun kari
2 sudu besar Kicap
Gula &garam secukup rasa
2 sudu besar asam jawa


CARA MEMBUAT:
  1. Goreng  ayam  seperti biasa dgn garam & serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daun kari & bawang putih.
  3. Kemudian masukkan cili kering & tumis hingga setengah masak, kemudian masukkan bawang  yang telah diblend. Kacau kesemuanya hingga hamper kering.
  4. Masukkan gula, garam, kicap & asam jawa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.

Tuesday, November 9, 2010

Resipi #1: Macaroni Goreng

Salah satu hidangan 'favourite' utk dijamu pada org yg dtg kerumah atau jamuan.........



MACARONI  GORENG
1 Bungkus Macaroni
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- ditumbuk
10biji cili kering – dikisar
500gm daging kisar (minced beef)
1 tin cendawan butang – dihiris
2 btg Carrot – dihiris
3 bj cili benggala (kuning,merah,hijau) – dihiris
2 bungkus bebola ikan/fish cake – di potong kecil
gula,garam,

CARA MEMBUAT:
  1. Macaroni direbus dgn air hingga kembang.(masukkan garam dlm air & rebus lebih kurang 10-15minit)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil, putih & besar dan masukkan cili kering.Kacau hingga cili masak.
  3. Masukkan daging kisar, bebola ikan, fish cake& cendawan. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga empuk.
  4. Kemudian masukkan carrot & cili. Gaul kesemua  bahan lebih kurang 10 minit. Masukkan macaroni  yang telah direbus.

Monday, November 1, 2010

Masih adakah lagi????

Hari ni ada terbaca di beberapa akhbar harian tentang seorang suami di Kemaman sanggup menyelamatkan isterinya dari disengat beribu ekor lebah hingga dia sendiri yg maut akibat disengat. Sungguh memilukan namun ada juga suami sanggup berkorban demi isteri tersayang.......

Tapi masih ramai lagikah suami yang sebegini di zaman sekarang????

Sebaliknya di Bintulu pula, ada seorang suami , tanpa usul periksa sanggup menendang & memijak si isteri sampai mati di sebuah kedai di hadapan anaknya sendiri setelah melihat isteri minum bersama seorang lelaki.Inilah akibatnya kalau terlalu cemburu & melakukan perbuatan kejam tanpa berbincang atau bertanya dahulu sampaikan isteri sendiri terkorban.

Jadi.....kesimpulannya masih adakah lagi?????