Monday, December 27, 2010

PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL

PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL




BAHAN-BAHAN:
½ Paket tepung Custard
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
½ kotak fresh milk (500ml)
1 tin fruit cocktail
1 tin lychee/longan


CARA MEMBUAT:

1.Cairkan tepung custard dengan fresh milk hingga custard sebati dan tidak berketul
2.Panaskan susu pekat dgn 4 cawan air dalam periuk
3.Bila susu mendidih, masukkan custard yg telah dicairkan
4.Kacau aduan hingga menjadi likat.
5.Tuang custard kedalam acuan dan biar hingga sejuk
6.Campurkan susu cair,fruit cocktail & lychee/longan kedalam mangkuk.
7. Masukkan pudding kedalam peti sejuk & tuang fruit cocktail keatas pudding
    Sebelum di hidang

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Salam semua........Selamat Menyambut Tahun Baru,Salam Maal Hijrah

Apa maksud Hijrah bagi anda? Terpulanglah pada diri masing2....nak berhijrah ke tempat lain,muhasabah diri,hijrah dari buruk ke baik,hijrah ke tempat kerja baru dll.Bagi saya apa-apa yang ingin dilakukan tak semestinya kita tunggu Awal Muharam atau 31 Disember setiap tahun baru nak berazam dan buat perubahan sama ada pada diri atau sebagainye....

Apa-apa pun semuga anda semua selamat sejahtera,diberkati ALLAH, dikurniakan rezeki yang melimpah -ruah, sehat sentiasa.....AMEEN