Monday, December 27, 2010

PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL

PUDING CUSTARD FRUIT COCKTAIL




BAHAN-BAHAN:
½ Paket tepung Custard
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
½ kotak fresh milk (500ml)
1 tin fruit cocktail
1 tin lychee/longan


CARA MEMBUAT:

1.Cairkan tepung custard dengan fresh milk hingga custard sebati dan tidak berketul
2.Panaskan susu pekat dgn 4 cawan air dalam periuk
3.Bila susu mendidih, masukkan custard yg telah dicairkan
4.Kacau aduan hingga menjadi likat.
5.Tuang custard kedalam acuan dan biar hingga sejuk
6.Campurkan susu cair,fruit cocktail & lychee/longan kedalam mangkuk.
7. Masukkan pudding kedalam peti sejuk & tuang fruit cocktail keatas pudding
    Sebelum di hidang

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Salam semua........Selamat Menyambut Tahun Baru,Salam Maal Hijrah

Apa maksud Hijrah bagi anda? Terpulanglah pada diri masing2....nak berhijrah ke tempat lain,muhasabah diri,hijrah dari buruk ke baik,hijrah ke tempat kerja baru dll.Bagi saya apa-apa yang ingin dilakukan tak semestinya kita tunggu Awal Muharam atau 31 Disember setiap tahun baru nak berazam dan buat perubahan sama ada pada diri atau sebagainye....

Apa-apa pun semuga anda semua selamat sejahtera,diberkati ALLAH, dikurniakan rezeki yang melimpah -ruah, sehat sentiasa.....AMEEN

Friday, November 26, 2010

Resipi #3: GULAI KAWAH DAGING

Hari ini dah tak tahu nak masak apa untuk lunch, tengok dalam fridge ada daging korban yg di beri jiran.Hmmm nak buat apa ye! lantas teringat ada beli rempah gulai kawah dan daging gulai adalah masakan yg digemari oleh Dania (anak perempuan ketiga).....katanya "my Favourite"......Jadi inilah resipinye



GULAI KAWAH DAGING


Bahan A
1kg Daging (dipotong kiub & di gaul dgn kerisik)
100gm rempah gulai kawah
3 biji ubi kentang (dipotong empat)
1/4 gula melaka/3 sudu gula
100 gm kerisik (digaul dgn daging)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
1/2 kg santan
garam secukup rasa

Bahan B : untuk dikisar
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1" halia
20 tangkai cili kering

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga garing
2.Masukkan rempah gulai kawah,air asam jawa, belacan dan gula . kacau hingga sebati
3.Masukkan daging yg telah diperap dgn kerisik tadi dan masak hingga daging empuk
4.Masukkan santan & ubi kentang tunggu hingga mendidih
5.Masukkan garam secukup rasa.
6.kacau hingga sebati dan boleh dihidang

Selamat Mencuba dari Mama Gee


Friday, November 19, 2010

Resipi #2: Ayam Mat Kassim

Resepi kali ini adalah menu kegemaran keluarga sejak diperkenalkan oleh arwah ibu mertua adik ku Rozza sepuluh tahun dulu....Kini ia menjadi menu utama semasa sambutan hari raya. Mengapa nama masakan ini dinamakan Ayam Mat Kassim? menurut arwah ibu mertua Rozza.....ia dicipta oleh seorang lelaki bernama Mat kassim berasal dr Kg Baru.

Sejak berpindah ke Marang,Terengganu, saya membuat resipi ini semasa hari raya 3tahun dulu dan menjadi kegemaran keluarga disini pula.........

kalau nak tahu sedapnye ayam ni sebab rasa pedas, masam, masin, manis.....silah cuba!



AYAM MAT KASSIM

1 ekor ayam (dipotong kecil)
15 bj cili kering- dikisar
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar        
5 ulas bawang putih- dihiris
Daun kari
2 sudu besar Kicap
Gula &garam secukup rasa
2 sudu besar asam jawa


CARA MEMBUAT:
  1. Goreng  ayam  seperti biasa dgn garam & serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daun kari & bawang putih.
  3. Kemudian masukkan cili kering & tumis hingga setengah masak, kemudian masukkan bawang  yang telah diblend. Kacau kesemuanya hingga hamper kering.
  4. Masukkan gula, garam, kicap & asam jawa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.

Tuesday, November 9, 2010

Resipi #1: Macaroni Goreng

Salah satu hidangan 'favourite' utk dijamu pada org yg dtg kerumah atau jamuan.........



MACARONI  GORENG
1 Bungkus Macaroni
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar
5 ulas bawang putih- ditumbuk
10biji cili kering – dikisar
500gm daging kisar (minced beef)
1 tin cendawan butang – dihiris
2 btg Carrot – dihiris
3 bj cili benggala (kuning,merah,hijau) – dihiris
2 bungkus bebola ikan/fish cake – di potong kecil
gula,garam,

CARA MEMBUAT:
  1. Macaroni direbus dgn air hingga kembang.(masukkan garam dlm air & rebus lebih kurang 10-15minit)
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil, putih & besar dan masukkan cili kering.Kacau hingga cili masak.
  3. Masukkan daging kisar, bebola ikan, fish cake& cendawan. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau hingga empuk.
  4. Kemudian masukkan carrot & cili. Gaul kesemua  bahan lebih kurang 10 minit. Masukkan macaroni  yang telah direbus.

Monday, November 1, 2010

Masih adakah lagi????

Hari ni ada terbaca di beberapa akhbar harian tentang seorang suami di Kemaman sanggup menyelamatkan isterinya dari disengat beribu ekor lebah hingga dia sendiri yg maut akibat disengat. Sungguh memilukan namun ada juga suami sanggup berkorban demi isteri tersayang.......

Tapi masih ramai lagikah suami yang sebegini di zaman sekarang????

Sebaliknya di Bintulu pula, ada seorang suami , tanpa usul periksa sanggup menendang & memijak si isteri sampai mati di sebuah kedai di hadapan anaknya sendiri setelah melihat isteri minum bersama seorang lelaki.Inilah akibatnya kalau terlalu cemburu & melakukan perbuatan kejam tanpa berbincang atau bertanya dahulu sampaikan isteri sendiri terkorban.

Jadi.....kesimpulannya masih adakah lagi?????

Saturday, October 23, 2010

Antara 'CHINTA' & 'ASMARA'

Semenjak dua menjak nie, bila ada drama/cerita kat TV yg tajuk guna nama......berebut-rebut orang nak namakan anak masing2 dgn nama tu......Mya Zara,Iris,Nigina,Qalesya,Nur Kasih, Qistina ( saya pun suka nama Qistina yg bererti "keadilan" dan anak ketiga saya beri nama Nur Dania Qistina).
Sekarang pulak demam cerita "CHINTA" dan "ASMARA".......hmm tak lama lagi ramailah baby nama tu! Tapi best jugak layan cerita nie petang2  almaklumlah dah jadi fulltime DO (Dapur or nak sedap sikit Domestic Officer). Nak bagi nama anak sendiri, tak  ada baby  lagi sebab  kilang dah tutup!Umur pun dah semakin meningkat,dah tak seaktif dulu kalau nak pregnant lagi!
So......last2 Dania suggest bagi nama kat anak2 dia yang baru lahir........he he nak tergelak pun ade sebab dia kecik lagi dah pandai nak ber-anak, rupa-rupanya dia nak namakan 2 ekor anak kuching yg baru lahir dengan nama   CHINTA & ASMARA....
Pandai aje budak2 zaman sekarang!

*Ceria selalu dari Mama Gee*

Tuesday, October 19, 2010

My 1st Story: "Panggilan Pulau"

Hmmmm funny isnt it? Our diving group called people who fell in love in the island with this term "Panggilan Pulau"

Well thats what happened to me in Yr2002 ..where I met my hubby during my reece to do a conservation event and taking my scuba diving licence at a resort in Pulau Perhentian. Since I was a divorcee and had a broken heart, I dont have a single intention to look for guys especially in the island.

Tapi takdir tuhan: kita tidak merancang,ALLAH yang menentukan!

And I did not regret coz ALLAH has destine me to meet this Dive Master back then named Nafie.
We met and our eyes looked at each other,my heart beats very fast ( like the first time we fell in love).... the rest is history when we get married on 030303 after 6months courting!

So all bachelors out there.......wanna fell in love? go to the islands.......He he! Insyaallah with ALLAH blessing!

For the rest of my life I'll be with you,
I'll stay by your side,honest & true
For the rest of my life I'll be loving you..............

Monday, October 18, 2010

Selamat Ulangtahun - Oktober 2010

Usah dikenang semalam yang berlalu
kerna ia bukan milik kita
Esok yang menanti, membawa seribu janji
yang kita tak pasti....hanya ALLAH mengetahui
namun harus diisi dengan penuh bererti
Semoga hari-hari mendatang
terus memberi rezeki dan kebahagiaan dalam hidupku.......

Sunday, October 17, 2010

Salam Pengenalan

Pertama kali menulis blog pada hari lahirku yang ke 46 tahun..Tapi usia bukan penghalang untuk memulakan sesuatu perkara atau aktiviti kan? bak kata orang putih "Age is just a number".....

Sejujurnya yang mendorongku untuk menulis dan berkongsi cerita,pengalaman,idea dengan semua adalah anak istimewaku yang sulong, seorang perempuan bernama Yaya dan bakal menginjak usia 21tahun Januari 2011 nanti serta anak bongsu yang hyperaktif & belum bercakap  pada usia 5 tahun.

Selain itu,antara cerita yang bakal ku tulis adalah  aktiviti luar kegemaranku iaitu selam skuba dan aktivit pemuliharaan alam marin yang ku sertai sejak tahun 2002 hingga sekarang serta ingin berkongsi resepi2 masakan kegemaran keluarga!

Semuga kisah dan tulisanku berguna untuk kalian semua.........Selamat Membaca!

Salam Perkenalan dari Mama Gee!