Salam Ben.....Mama Gee pun nak glamour macam Ben....
Ni Mama cuba try test ye!
Hah amacam....sesuai dan glamour tak gambar akak ni?
Scuba Diving ni memang salah satu hobby akak..
Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Mama Gee
Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
Hmm sebab anak-anak sedara semua panggil Mama Gee
Kenapa anda berblogging ?
Pada mulanya Mama Gee nak cari resipi sebab dah ketandusan idea nak masak....lepas tu terus terjebak sama sebab disini kita mendapat kenalan baru dan bertukar-tukar idea & pandangan
Siapakah pemberi semangat anda ?
Mestilah Hubby & my lovely kids
Sudah berapa lamakah anda berblog ?
baru aje bulan Oct 2010
Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Ada a few like Naz , Red Diva, Ummi, Mat Gebu & Ben lah!
Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
Bila tersenarai dalam "Buah Cempedak di Luar Pagar" en Ben
Kenangan pahit anda dalam dunia blogging?
setakat ini belum ada lagi kenangan pahit sebab baru menceburi dunia blogging ni
Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Belum ada pencapaian tapi Mama bangga dengan diri sendiri yang dapat jugak berblog walaupun umur dah nak setengah abad
Selain berblog , apakah minat anda ?
Hmm tentulah macam gambar glamour Mama Gee tu : Scuba diving,Bowling,Memasak,Berkebun,Membaca & sekarang Berblogging
Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Time Management - penting sebab bukan aktiviti aje tapi tugas & tanggungjawab sebagai isteri & mama
Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
Semuga Mama dapat lebih banyak kenalan, info dan berjaya seperti Red Diva, Ben dll
Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
Dunia blog di Malaysia kini semakin berkembang, sekarang sudah ramai yang menceburi bidang ini tak macam dulu blog hanya dikuasai oleh penulis politik tetapi sekarang blog juga adalah seperti diari peribadi seseorang,tempat meluahkan rasa dan pendapat,kedai online dsb nya.
Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
Tak salah jika mahu mencuba....
Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan
Keluarga atau Wanita