Monday, January 31, 2011

KARI IKAN BARAT

Ini lah Ikan Barat aka Ikan ayam....Kenapa panggil ikan ayam sebab rasanya macam ikan ayam.Betul.......Cubalah kalau nak tahu! Kat Marang ni kalau musim memang banyak ikan ni.Segar dan murah! Pada sapa2 yang tak tahu rasa ikan ni kalau goreng atau  di buat kari paling best.....tapi jangan lupa kena soyakkan kulitnya dulu ya sebelum memasaknya.

Saya kalau buat kari memang tidak menggunakan santan....Baik untuk kesihatan kan!




Ikan Barat segar........

Kari Ikan Barat

Memang Best.......silalah cuba!



RESEPI KARI IKAN BARAT

Seekor ikan barat - disiang,bersih dan dipotong tiga
10 bj cili kering- dikisar
5 bj Bawang kecil -ditumbuk
1 bj bawang besar- dikisar        
5 ulas bawang putih- ditumbuk
serbuk kari
serbuk cili
Daun Kari

1.Tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingga lumat.
2.Masukkan serbuk kari & serbuk cili.Bubuh sedikit air dan gaul.
3. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak untuk menggoreng.
4.Tumis daun kari dan bila terbit bau, masukkan serbuk kari yang telah digaul tadi. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili masak.
5. Masukkan Ikan dan biar hingga ikan separa masak.
6. Masukkan air secukupnya dan kacau.Biar hingga mendidih.
7. Masukkan beberapa cili padi untuk hiasan dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba dari Mama Gee

2 comments:

  1. sedap juga bila di masak asam pedas...yum...yum...

    ReplyDelete