Monday, January 24, 2011

JEWELS OF MY LIFE = PERMATA HATI KU

Ini adalah entri pengenalan  “Jewels of my life” permata-permata hatiku. Saya mempunyai  4 orang anak.Sepasang anak remaja hasil dari perkahwinan pertama dan sepasang hasil perkongsian dgn suami sekarang.


Anak sulongku Yaya

Anak sulong, Rashiqah Suraya Ramlan@Yaya baru sahaja menyambut ulangtahun ke 21 pada 8hb Januari 2011 yg lalu. Yaya anak istimewa “Down Syndrome”. Shukor dengan berkat usaha kami sekeluarga selain dari pakar kanak-kanak, kami juga pergi ke Semenyih,Kajang,Bangi dan beberapa tempat lain untuk mengubati penyakitnya, Yaya mula berjalan semasa berumur 2tahun dan bercakap walaupun pelat pada umur 6 tahun.Saya yang bekerja dengan CELCOM pada masa itu rasa bertuah kerana pihak syarikat menyediakan Tadika&Taska untuk pekerja.Saya yang mahukan Yaya seboleh-bolehnya seperti kanak-kanak biasa menghantar Yaya ke Tadika CELCOM supaya dia dapat belajar& bergaul dgn kanak-kanak normal. Pada umur 7thn Yaya dimasukkan ke Kelas Khas di Sek Rendah Pandan Indah dan seterusnya ke Sek Men Yaakob Latif hingga tahun 2010.
Sekarang Yaya berpindah ke Marang untuk tinggal bersama saya sekeluarga.Saya sedang mencari jika ada                                                                      kursus2 sesuai untuk dipelajari olehnya atau ada tempat 
                                                                    yg boleh menerimanya bekerja supaya Yaya boleh terus
                                                                    berdikari.



Si Bujang Iman

Anak kedua, seorang lelaki alhamdullilah seorang bayi normal.Rafiqin Iman Ramlan@Iman dilahirkan pada tahun 1993 dan  berusia 17thn. Seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak kerana dapat memasuki sekolah berasrama iaitu Sek Teknik Sepang dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan sedang menunggu keputusan SPM…..Semoga Iman mendapat keputusan cemerlang!




Sis Dania & little brother Arash

  
 Anak ketiga bersama suami sekarang seorang perempuan dinamakan Nur Dania Qistina Nafi@Dania lahir pada 2004.Alhamdullilah seorang bayi normal dan baru memasuki Darjah 1 di SK Gong Nangka,Marang.Dania juga aktif dan diharapkan agar dia berjaya dalam pelajaran kerana tahun ini kurirulum baru KSSR diperkenalkan di mana keputusan UPSR nanti akan dinilai dari sekarang iaitu 60% markah peperiksaan & 40% dari kedatangan,kokurikulum,penampilan diri dll.




Anak bongsu, Nor Muhammad Anique Arash Nafi @Arash dilahirkan normal tetapi pada umur 3 tahun tidak bercakap sepatah pun. Akan berusia 6tahun pada 11 March nanti, kami membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan.Setelah beberapa bulan berulang-alik dari Klinik Kanak-kanak ke Klinik Oral untuk pemeriksaan telinga…didapati ia normal dan tiada kecacatan pendengaran Cuma pakar menyatakan Arash seorang anak ADHD&Autism….jadi disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikitari……Sementara itu Arash menjalani Speech Therapy (komunikasi)sebulan sekali & Occupational Therapy  (untuk sensitivity & focus)juga sebulan sekali……Selain itu, kami juga membawanya membuat rawatan secara tradisional……
Diagnos tepat mengenai penyakit sebenar Arash akan diketahui bulan depan.(Februari 2011). 

4 comments:

  1. Alkisah sebuah kehidupan..walau macamanapun awak seorang ibu yang tabah...
    Sentiasa ceria ya....

    ReplyDelete
  2. Salam , kak.. salam kenal juga...
    Saya yakin akak mesti seorang yang tabah... mungkin pada sesetengah orang, anak istimewa ni suatu beban, tapi bagi seorang ibu.. sempurna atau tak anak nya itu bukan terletak pada semua tu.. kesempurnaan adalah bila dpt membuat anak itu gembira, bahagia dan hidup penuh kasih sayang mcm anak2 lain juga.
    Moga akak akan lebih tabah.

    p/s: saya pun kat Terengganu, tapi kat Dungun :)

    ReplyDelete
  3. Salam Perkenalan pada Vagg juga.......
    Terima kasih atas sokongan.....Insyaallah akak akan menunaikan tanggungjawab & kewajipan yg telah ALLAH berikan pada akak!

    p/s:oh ye ke?mmg org Dungun ke?

    ReplyDelete