Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

NASI GORENG KREATIF


Nasi Goreng Kreatif



Haa  tenguk nama menu Mama Gee hari ni ...........betul ke nasi goreng tu  kreatif? Ke ....cara goreng nye yang kreatif?apa yang kreatifnye.....kalau nak tahu kena baca sampai habis.....sampai resepinye!

Tu dia.......nasi goreng kreatif


NASI GORENG KREATIF

4 cups  cooked rice/cawan nasi
4 small onions-pounded /ulas bawang kecil ditumbuk
1 tsp blended dried chili /sudu besar  cili kering - diblend
100gm mixed vege/ sayur campur
100gm minced beef / daging cincang
1 packet perencah (MAGGI Kreatif)
Oil /minyak untuk menggoreng
Salt & sugar add to taste/Gula &garam secukup rasa



PREPARATION/CARA MEMBUAT:
  1. Heat oil in the frying pan/Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak.
  2. Fry onion and blended chili until chili is cooked/ Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar & ditumbuk tadi (bawang, cili kering/serbuk cili)
  3. Add minced beef and mixed well until the beef is well cooked/Letakkan daging kisar dan gaul rata.Kasak hingga daging empuk.
  4. Put in MAGGI Kreatif paste,salt& sugar/ kemudian masukkan perencah MAGGI Kreatif,sedikit garam&gula.
  5. Then add mixed vege/Kemudian masukkan pula sayuran campur
  6. Lastly put the cooked rice and mixed well/Masukkan nasi dan goring hingga semua sebati.

Haaa kan dah kata......guna perencah kreatif MAGGI......tak tahulah kenapa namanya macam tu!
Selamat mencuba!

Sunday, January 23, 2011

Menu Jumaat

Wow.......semalam satu hari cari santan kelapa.Puas cari di pasar Marang,kedai disekitar Kg Sungai Kerak ni....tak delah pulak! Agak2nye kekurangan kelapa sebab dah ekspot ke negeri-negeri yang meraikan perayaan Thaipusam agaknya.


Last-last hubby kata kita gi bandar KT dan ke Pasar Chabang Tiga.Nasib baik ada tapi sekarang ni harga dah naik RM8 sekilo santan segar & pekat.Mahalnya.....tapi sebab nak makan nasi dagang dan hubby dah berniat untuk bagi makan ke sanak saudara, beli jugaklah!


Nasi Dagang
Beras nasi dagang memang banyak dijual di kedai-kedai seluruh daerah ni.Kalau tidak boleh guna beras Super Siam. Malam tadi dah rendam beras nasi dagang untuk dikukus pagi Jumaat. Kukus beras selama 1 jam, kemudian angkat dan gaul dengan santan beserta sedikit garam.Gaul halba & hirisan halia, sedikit bawang kecil yang dihiris hingga sebati.Kemudian kukus lagi hingga menjadi nasi.

Gulai Ikan Tongkol
Ikan Aye atau tongkol dah beli dulu semalam......segar-segar di pasar
 Marang. Ikan disiang,bersih dan dipotong.Lepas tu direbus dengan air & asam keping. Untuk membuat gulai ken aguna rempah khas gulai nasi dagang.
Santan dan cili boh di masak hingga mendidih, kemudian masukkan bawang merah,putih,sedikit halia yang sudah diblend.Masukkan rempah dan kacau hingga sebati.Masukkan ikan tongkol, cili padi & telur rebus.Jika ada belimbing besi pun best jugak.....Kacau kesemuanya hingga masak.

Ini lah juadah kami di hari Jumaat lepas......

Note: lambat update coz ada problem ngan broadband ni!