Friday, November 19, 2010

Resipi #2: Ayam Mat Kassim

Resepi kali ini adalah menu kegemaran keluarga sejak diperkenalkan oleh arwah ibu mertua adik ku Rozza sepuluh tahun dulu....Kini ia menjadi menu utama semasa sambutan hari raya. Mengapa nama masakan ini dinamakan Ayam Mat Kassim? menurut arwah ibu mertua Rozza.....ia dicipta oleh seorang lelaki bernama Mat kassim berasal dr Kg Baru.

Sejak berpindah ke Marang,Terengganu, saya membuat resipi ini semasa hari raya 3tahun dulu dan menjadi kegemaran keluarga disini pula.........

kalau nak tahu sedapnye ayam ni sebab rasa pedas, masam, masin, manis.....silah cuba!



AYAM MAT KASSIM

1 ekor ayam (dipotong kecil)
15 bj cili kering- dikisar
10 bj Bawang kecil -ditumbuk
2 bj bawang besar- dikisar        
5 ulas bawang putih- dihiris
Daun kari
2 sudu besar Kicap
Gula &garam secukup rasa
2 sudu besar asam jawa


CARA MEMBUAT:
  1. Goreng  ayam  seperti biasa dgn garam & serbuk kunyit
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan daun kari & bawang putih.
  3. Kemudian masukkan cili kering & tumis hingga setengah masak, kemudian masukkan bawang  yang telah diblend. Kacau kesemuanya hingga hamper kering.
  4. Masukkan gula, garam, kicap & asam jawa.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul hingga sebati.

No comments:

Post a Comment