Monday, January 31, 2011

KARI IKAN BARAT

Ini lah Ikan Barat aka Ikan ayam....Kenapa panggil ikan ayam sebab rasanya macam ikan ayam.Betul.......Cubalah kalau nak tahu! Kat Marang ni kalau musim memang banyak ikan ni.Segar dan murah! Pada sapa2 yang tak tahu rasa ikan ni kalau goreng atau  di buat kari paling best.....tapi jangan lupa kena soyakkan kulitnya dulu ya sebelum memasaknya.

Saya kalau buat kari memang tidak menggunakan santan....Baik untuk kesihatan kan!




Ikan Barat segar........

Kari Ikan Barat

Memang Best.......silalah cuba!



RESEPI KARI IKAN BARAT

Seekor ikan barat - disiang,bersih dan dipotong tiga
10 bj cili kering- dikisar
5 bj Bawang kecil -ditumbuk
1 bj bawang besar- dikisar        
5 ulas bawang putih- ditumbuk
serbuk kari
serbuk cili
Daun Kari

1.Tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingga lumat.
2.Masukkan serbuk kari & serbuk cili.Bubuh sedikit air dan gaul.
3. Panaskan periuk dan letak sedikit minyak untuk menggoreng.
4.Tumis daun kari dan bila terbit bau, masukkan serbuk kari yang telah digaul tadi. Masukkan cili kering dan tumis hingga cili masak.
5. Masukkan Ikan dan biar hingga ikan separa masak.
6. Masukkan air secukupnya dan kacau.Biar hingga mendidih.
7. Masukkan beberapa cili padi untuk hiasan dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba dari Mama Gee

Sunday, January 30, 2011

Segmen SYOK SENDIRI - 2

Salam Ben.....Mama Gee pun nak  glamour macam Ben....
Ni Mama cuba try test ye!



Klik Sini


Hah amacam....sesuai dan glamour tak gambar akak ni? 
Scuba Diving ni memang salah satu hobby akak..





  Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?
Mama Gee

 Kenapakah anda memilih nama tersebut ?
Hmm sebab anak-anak sedara semua panggil Mama Gee

Kenapa anda berblogging ?
Pada mulanya Mama Gee nak cari resipi sebab dah ketandusan idea nak masak....lepas tu terus terjebak sama sebab disini kita mendapat kenalan baru dan bertukar-tukar idea & pandangan

Siapakah pemberi semangat anda ?
Mestilah Hubby & my lovely kids

Sudah berapa lamakah anda berblog ?
baru aje bulan Oct 2010

Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?
Ada a few like Naz , Red Diva, Ummi, Mat Gebu & Ben lah!

Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?
Bila tersenarai dalam "Buah Cempedak di Luar Pagar" en Ben

Kenangan pahit anda dalam dunia blogging?
setakat ini belum ada lagi kenangan pahit sebab baru menceburi dunia blogging ni

Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?
Belum ada pencapaian tapi Mama bangga dengan diri sendiri yang dapat jugak berblog walaupun umur dah nak setengah abad

Selain berblog , apakah minat anda ?
Hmm tentulah macam gambar glamour Mama Gee tu : Scuba diving,Bowling,Memasak,Berkebun,Membaca & sekarang Berblogging

Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?
Time Management - penting sebab bukan aktiviti aje tapi tugas & tanggungjawab sebagai isteri & mama

Sila nyatakan cita cita anda terhadap blog anda itu
Semuga Mama dapat lebih banyak kenalan, info dan berjaya seperti Red Diva, Ben dll

Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini ..
Dunia blog di Malaysia kini semakin berkembang, sekarang sudah ramai yang menceburi bidang ini tak macam dulu blog hanya dikuasai oleh penulis politik tetapi sekarang blog juga adalah seperti diari peribadi seseorang,tempat meluahkan rasa dan pendapat,kedai online dsb nya.


Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri ..
Tak salah jika mahu mencuba....


Nyatakan dalam majalah mana anda ingin dimasukkan
Keluarga atau Wanita


WHAT IS ADHD? Apa itu ADHD?

My Son ARASH......

WHAT IS ADHD?
ADHD is a common behavioral disorder that affects an estimated 8% to 10% of school-age children. Boys are about three times more likely than girls to be diagnosed with it, though it's not yet understood why.
Kids with ADHD act without thinking, are hyperactive, and have trouble focusing. They may understand what's expected of them but have trouble following through because they can't sit still, pay attention, or attend to details.
Of course, all kids (especially younger ones) act this way at times, particularly when they're anxious or excited. But the difference with ADHD is that symptoms are present over a longer period of time and occur in different settings. They impair a child's ability to function socially, academically, and at home.
The good news is that with proper treatment, kids with ADHD can learn to successfully live with and manage their s 
Source:http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2009/10/18/health/4905978&sec=health

Playing in Laundry basket?

Counting?








Have to put him in stroller if not he will run around

 APAKAH  ITU ADHD ? (Sumber :Risalah Perkhidmatan Komuniti Novartis Corporation) 
Selalunya, ibu bapa dan guru2 menggambarkan kanak-kanak yang mudah tersinggung,lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hyperaktif.

I LUV HIM SOOOO MUCH!

Istilah Gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan (ADHD) atau Gangguan Kurang Tumpuan (ADD)digunakan oleh professional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan  masalah yang lebih serius dan berpanjangan  pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti adlah sub kategori kepada ADHD.Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang member perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu.  Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didianos dengan tepat.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak daripada sebuah kelas menghidapi ADHD. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masakah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda.ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.
Anak saya yang bongsu Arash disahkan mengidap ADHD .Kami mula mensyaki yang dia menghidap suatu penyakit apabilaArash tidak bercakap atau bersuara sejak  berumur 3 ½ tahun hingga sekarang.Dia akan membawa atau menunjukkan sesuatu barang yang dia mahu atau menarik tangan dan membawa ketempat barang yang dia kehendaki berada.
Apakah simpton2 ADHD….akan di ketahui dalam entri seterusnya!

KARI TELUR DANIA

Hah kenapa Mama Gee namakan Kari Telur Dania??????Sebab this is her favourite dish! Kalau Papa dah start masuk pulau perhentian bekerja, Mama masak ni je untuk dia sebab Arash tak makan nasi & lauk!

Kari Telur Dania

Dania tersenyum......
RESIPI KARI TELUR DANIA

4 biji telur ayam (direbus)
5 bj Bawang kecil -ditumbuk
3 ulas bawang  putih- dihiris
2 bj ubi kentang – dipotong empat
3 sudu besar serbuk kari faiza
2 sudu besar serbuk cili
2 helai daun kari
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:
  1. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih hingga lumat.
  2. Campurkan serbuk kari dan serbuk cili.Tambah sedikit air dan gaul kesemuanya hingga sebati.
  3. Goreng telur rebus tadi lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan
  4. Panaskan sedikit minyak. Tumis daun kari hingga terbit bau.
  5. Kemudian masukkan bawang dan serbuk yang telah digaul tadi. Tumis kesemua bahan hingga naik bau.
  6. Masukkan sedikit air dan gaul hingga mendidih.
  7. Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk.
  8. Masukkan telur ,tomato dan cili hijau

Pagi yang dingin

Salam semua.......pagi ni sejuk betul...macam kat oversea lak rasanye....
Semenjak dua menjak dah seminggu cuaca macam ni,
cuaca dingin,mendung dan sekali sekala hujan.

Mama Gee masak awal ari ni sebab nak gi bandar.......

MASAK APE????? Yeah masakan kegemaran Dania....

KARI TELUR....

Jap lagi upload gambar dan resipinye ye!!

Saturday, January 29, 2011

SELANGOR ke KELANTAN ?????

Jom layan bola pulak malam ni.....Mama Gee memang tak pernah ketinggalan tenguk bola.Masa muda2 dulu rajin gi Stadium Merdeka....tapi sekarang ni tenguk kat TV ajelah!

Haa Piala Sumbangsih malam ni antara Selangor Vs Kelantan....Mama Gee memang penyokong setia Merah-Kuning @Red Giant tapi semenjak  Piala AFF Suzuki, Mama suka tenguk Khairul Fahmi aka Apex ....sorry ye Elia !!!! Fahmi memang handal menjaga tiang gol & menjalankan tugas Gollie dengan baik! Tahniah!

Tu lah nak sokong mana ni?????



Selangor?


Kelantan?




or Apex?????he he he

So rakan-rakan bloggers semua sokong sapa ye??????

APAM KUKUS MODEN


APAM  KUKUS MODEN

Petang2 gini dengan cuaca yang mendung & berangin ni.....mulut terasa nak makan padahal dah lunch tadi dgn ikan keli....bertambah lagi tu....

Nak buat kueh apa ya????Selongkar dalam food storage & buku resipi arwah ibu,saya jumpa resepi ni....he he jangan mare ye....apam lagi!
Kali ni APAM MODEN KUKUS





Resipi APAM KUKUS MODEN

2 biji telur
1 Cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 cwan gula - di hanguskan dgn 1/2 cawan air
1 cawan castor sugar
sedikit esen vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu minyak masak/minyak jagung

Cara membuatnya:-
1. Pukul telur dengan gula castor hingga kembang.
2. Tepung gandum & baking powder diayak bersama.
3. Masukkan gula hangus dan tepung gandum sedikit-sedikit.
4.Masukkan susu cair & esen vanilla . Gaul hingga sebati.
5. Masukkan adunan kedalam acuan.Panaskan pengukus dan kukus adunan selama 1 jam.

Friday, January 28, 2011

Akhirnya dapat jugak.......Ikan Keli !!!!

Sajian Tengahari



Hari ni Sabtu macam hari minggu lah kat negeri2 lain, so pagi2 lagi dah bangun nak pegi Pasar Bandar Marang....alaa tak jauh dari rumah,lebih kurang 10 minit je. Ingatkan baru pukul 7 pagi sebab gelap kat luar, rupa-rupanya dah pukul 8.30 pagi....cuaca yg mendung dan berangin macam kat oversea lah pulak!

Kena jugak pegi pasar sebab barang basah & sayur semua dah habis stok.kena beli sebab next week Hubby dah masuk Pulau Perhentian (opening of the new season and the island is back into business especially for tourist & divers)

Mak ooi .....angin sungguh lah kuat memang terasa kat negeri orang putih.....lupa pulak nak bawak kamera....yelah pegi pasar bukan pegi jalan-jalan kan! Lagi pun Bandar Marang ni dekat sangat dengan laut dan Pulau Kapas.Dari pasar dah nampak pulau tu....nantilah ambik gambar next visit to pasar.

Nak beli apa ya? Disebabkan musim berangin ni nelayan tak ke laut, tenguk ikan semua tak fresh.....semua yg keluar dari kotak ais....Hmm beli ayam jelah....Haa kawan hubby ada jual ikan keli & patin kat pasar ni, so mari kite terjah temapt dia....Alhamdullilah.......akhirnye dapat jugak Ikan keli fresh....siap suruh siang & buang kepalanye....harga ok jugak sekilo RM7.

Habis tu gi beli cili,bawang & sayur-sayuran. Budu pun beli jugak.Walaupun kita org KL tapi kita suka makan budu bila buat singgang!!!!Wow terangkat!

Jadi inilah sajian makan tengahari kami hari ini.....Ikan Keli Goreng Cili & Sayur Kobis/Kacang panjang/Carrot Lemak Putih



Sayur Campur Lemak Putih

Ikan Keli Goreng Bercili





Erin & Elia: 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011

 Salam......Ni pulak contest terbaru dari Erin & Elia....as they said it is a combined or joined contest.....
First time join
Nak try aje ....mana tahu dapat hadiah menarik tu!


so.......this is it?




                                    

eringilegambar.blogspot.com

Ben.....Terima Kasih Daun Keladi !!!!!

Bila Mama Gee jenguk ke blog Ben petang ni....terkezut jugak sebab blog Mama tersenarai dalam list terkini ben....there are other 189 blogs in his list until April 2011.


Terima Kasih Ben sebab memberi peluang pada blogger2 baru macam Mama Gee yang baru merangkak dalam dunia blogging ni!


Jadi....member2 blogger lain .....cuba lah join Ben's wagon....mana tahu ada peluang lain yg terbuka nanti ......


This is another milestone in my life...Thanks from the bottom of my heart!

Thursday, January 27, 2011

KEK KUKUS KISMIS

KEK KUKUS KISMIS

Salam semua.......
Kek kukus ni adalah satu lagi resipi dari buku resepi arwah ibu......jadi petang semalam saya buatlah kek ni.senang & simple aje buat kek atau apam kukus ni! Anak2 pun suka.....tak sempat nak makan snack malam dah habis!!!!!!Tak pe boleh buat lagi sebab senang!
Ni dia resipi nye......
KEK KUKUS KISMIS
Bahan2:

5 bj telur ayam
2 cwn gula merah
2 cwn tepung gandum *
30g kismis/blackcurrant
1 st esen vanilla
2 st baking soda*
1 st baking powder.* (* diayak)

Cara :
1.Pukul telur bersama gula hingga kembang
2.Kemudian masukkan tepung gandum & baking powder yang telah diayak sedikit2
3.Masukkan esen vanillas dan kismis.Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
4. Panaskan loyang dan sapu sedikit mentega. Kukus selama 30 minit ( jangan buka pengukus selama 30minit)

Selamat Mencuba dari Mama Gee.......

We go western......PANCAKE

Salam pagi Jumaat.....Friday is  a weekend in Terengganu....
So wats the plan for breakfast this morning? Me........hmm we wanna go western...Ha ha!


Decided to do pancake with Peach ,butter & Golden syrup

PANCAKE WITH PEACH,BUTTER & GOLDEN SYRUP


My Peach Pancake



Dania's version




Hubby and Yaya is done with the peach pancake only Dania decided to eat the pancake with Nutella.......hence NUTELLA PANCAKE done.

Simple,fast & healthy !!!!!!!




BEN ASHAARI BLOG

BEN ASHAARI BLOG

~Pembubaran Blog List Ben Ashaari~


Sebelum join,cuba check dah settle ke semua?

  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG- Done
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri itu ..- Settle!
  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini .. 
    Update entry 1-2 per day.Total entry baru 26  coz juz join this blogger world in 2010
  4. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI .. -
    Sebab blog Ben antara yang popular dgn entry2 yg  menarik & interesting to follow & read
  5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ? -settle
    Akan terus berblog dengan entri2 yg boleh dijadikan panduan,idea dan nasihat pada blogger yang lain terutama yg mempunyai anak istimewa.

Wednesday, January 26, 2011

Fried Mee @Mee Goreng Sempoi..........

He He the name of the menu is Sempoi@simple or glamour?? It is actually my daughters' Dania recepi.......she loves K.Ida's (cousin) black fried mee (sepupu) but I dont know what the ingrediants she put in...........In the end she ask me to put soy sauce,tomato sauce, & fish ball....


So i juz did this for her to bring to school & for our breakfastat home too.....




Nah here comes the.......Mee Goreng Sempoi....Dania's style !!!!

Mee Goreng Sempoi


Ingrediants:

1 packet Yellow Mee @ Mee Kuning
4 onion/ bawang merah
3 cloves garlic / bawang putih
2 ts of dried chili/2 sudu besar cili kering - diblend
Green vege /sayur sawi atau apa2 sayur yg disukai
1 packet fish ball
2 eggs
Soy sauce,tomato sauce
salt & sugar

Preparations:

Pound garlic & cloves in a mortar.
Add dried chili.
In a frying pan, put bit of oil, then fry the pounded ingrediants.
Put some water,soy & tomato sauce,salt & sugar.Fry until all is well cooked.
Add fish ball & vege.
Lastly add egss & stir well
Add yellow mee & mixed well.



Tuesday, January 25, 2011

APAM KUKUS GULA MELAKA

Salam pagi rabu......asyik tenguk kat dapur   NAZ yang asyik buat apam kukus aje so semalam saya pun nak cuba jugak membuat apam kukus.

Cari resepi dalam buku resipi Arwah ibu  yang masih elok dalam simpanan saya (Insyaallah nanti saya akan salin kesemua beratus resepi biskut,kek & masakan dalam blog khas) saya terjumpa resipi ni....APAM MODEN dan menggunakan gula hangus.

Tapi saya ubah sikit sebab ada lebihan gula melaka masa buat puding sagu tu, jadi saya tukar gula hangus ke gula melaka......Lagi satu , saya tak adalah pulak loyang atau acuan kecil sbb baru pindah ke Marang ni, jadi saya guna periuk casserole Corelle.................Ini lah hasilnya !



APAM KUKUS GULA MELAKA



Apam yang baru selesai dikukus.......

Apam Kukus yg di potong


Ini resipinye.......

Bahan-bahan:-

2 biji telur ayam
1 gelas gula castor
1/2 gelas gula  - dihanguskan (saya guna gula melaka)
1/2 gelas air - dimasukkan dalam gula yg nak dihanguskan
2 gelas tepung gandum
1 gelas susu cair
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu baking soda


Cara membuatnya:-

1. Goreng gula dalam kuali hingga kuning dan masukkan air.bila sudah 
    hangus, tutup api dan biarkan sejuk. (Saya gunakan gula melaka yg telah
    dicairkan)
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
3. Ayak tepung bersama baking soda dan masuk serta kacau sedikit-sedikit 
    kedalam aduan telur tadi.
4. Masukkan esen vanilla, gula hangus/gula melaka dan susu cair.Kacau rata
    hingga sebati
5. Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil.Kukus selama 1 jam.

Singgang Pedas Ikan Aye@Tongkol


Singgang Pedas Ikan Tongkol


Bahan2nya:


2/3 keping ikan aye atau tongkol
4 biji Cili merah
6 biji Cili padi
5 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih  - 5 ulas ditumbuk,5 ulas dihiris
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
Lengkuas,halia,serai & daun limau purut

  1. 1.    Tumbuk cili merah,cili padi,kunyit hidup, bawang putih & bawang merah hingga lumat
  2. 2  Hiris 5 ulas bawang putih & bawang besar
  3. 3  Titik halia, lengkuas & serai 
  4. 4. Gaulkan kesemua bahan yang ditumbuk & dititik tadi kedalam periuk.
  5. 5.  Masukkan ikan tenggiri dan bubuh air secukupnya.
  6. 6.  Tambah garam dan gula secukup rasa & masukkan  daun limau purut.
  7. 7. Kacau hingga sebati dan biar sampai kuah mendidih.
  8. 8. Hidang bersama nasi panas

Monday, January 24, 2011

Puding Sagu Gula Melaka


Haa.......hari ini Ummi@HomeSweetHome punye N3 pasal puding betik.....Semalam Mama Gee buat Puding Sagu Gula Melaka.Dah masuk dalam peti sejuk baru boleh makan petang nie.......Sejuuuuuukkkkk & Enaaaaaakkkkkk

Nie resipi simple nye...........


200gm Sagu biji
100 gm Gula Melaka/Gula nisang
1 biji santan pekat
3 gelas air

CARA MEMBUAT:
  1. Sagu biji dibasuh bersih-bersih & dittos
  2. Air di masak hingga mendidih.Kemudian masukkan sagu tadi dan masak hingga kembang atau  tiada rasa berbiji.
  3. Tambah air jika sagu masih keras.jika sagu sudah masak, masukkan kedalam bekas dan biar sejuk sebelum masuk ke dalam peti sejuk.
  4. Cairkan gula Melaka dengan sedikit air hingga pekat.
  5. Sendukkan sedikit sagu kedalam mangkuk,campurkan sedikit santan dan gula Melaka sebelum dihidang dan dimakan….

JEWELS OF MY LIFE = PERMATA HATI KU

Ini adalah entri pengenalan  “Jewels of my life” permata-permata hatiku. Saya mempunyai  4 orang anak.Sepasang anak remaja hasil dari perkahwinan pertama dan sepasang hasil perkongsian dgn suami sekarang.


Anak sulongku Yaya

Anak sulong, Rashiqah Suraya Ramlan@Yaya baru sahaja menyambut ulangtahun ke 21 pada 8hb Januari 2011 yg lalu. Yaya anak istimewa “Down Syndrome”. Shukor dengan berkat usaha kami sekeluarga selain dari pakar kanak-kanak, kami juga pergi ke Semenyih,Kajang,Bangi dan beberapa tempat lain untuk mengubati penyakitnya, Yaya mula berjalan semasa berumur 2tahun dan bercakap walaupun pelat pada umur 6 tahun.Saya yang bekerja dengan CELCOM pada masa itu rasa bertuah kerana pihak syarikat menyediakan Tadika&Taska untuk pekerja.Saya yang mahukan Yaya seboleh-bolehnya seperti kanak-kanak biasa menghantar Yaya ke Tadika CELCOM supaya dia dapat belajar& bergaul dgn kanak-kanak normal. Pada umur 7thn Yaya dimasukkan ke Kelas Khas di Sek Rendah Pandan Indah dan seterusnya ke Sek Men Yaakob Latif hingga tahun 2010.
Sekarang Yaya berpindah ke Marang untuk tinggal bersama saya sekeluarga.Saya sedang mencari jika ada                                                                      kursus2 sesuai untuk dipelajari olehnya atau ada tempat 
                                                                    yg boleh menerimanya bekerja supaya Yaya boleh terus
                                                                    berdikari.



Si Bujang Iman

Anak kedua, seorang lelaki alhamdullilah seorang bayi normal.Rafiqin Iman Ramlan@Iman dilahirkan pada tahun 1993 dan  berusia 17thn. Seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak kerana dapat memasuki sekolah berasrama iaitu Sek Teknik Sepang dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan sedang menunggu keputusan SPM…..Semoga Iman mendapat keputusan cemerlang!




Sis Dania & little brother Arash

  
 Anak ketiga bersama suami sekarang seorang perempuan dinamakan Nur Dania Qistina Nafi@Dania lahir pada 2004.Alhamdullilah seorang bayi normal dan baru memasuki Darjah 1 di SK Gong Nangka,Marang.Dania juga aktif dan diharapkan agar dia berjaya dalam pelajaran kerana tahun ini kurirulum baru KSSR diperkenalkan di mana keputusan UPSR nanti akan dinilai dari sekarang iaitu 60% markah peperiksaan & 40% dari kedatangan,kokurikulum,penampilan diri dll.




Anak bongsu, Nor Muhammad Anique Arash Nafi @Arash dilahirkan normal tetapi pada umur 3 tahun tidak bercakap sepatah pun. Akan berusia 6tahun pada 11 March nanti, kami membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan.Setelah beberapa bulan berulang-alik dari Klinik Kanak-kanak ke Klinik Oral untuk pemeriksaan telinga…didapati ia normal dan tiada kecacatan pendengaran Cuma pakar menyatakan Arash seorang anak ADHD&Autism….jadi disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikitari……Sementara itu Arash menjalani Speech Therapy (komunikasi)sebulan sekali & Occupational Therapy  (untuk sensitivity & focus)juga sebulan sekali……Selain itu, kami juga membawanya membuat rawatan secara tradisional……
Diagnos tepat mengenai penyakit sebenar Arash akan diketahui bulan depan.(Februari 2011). 

Sunday, January 23, 2011

Menu Jumaat

Wow.......semalam satu hari cari santan kelapa.Puas cari di pasar Marang,kedai disekitar Kg Sungai Kerak ni....tak delah pulak! Agak2nye kekurangan kelapa sebab dah ekspot ke negeri-negeri yang meraikan perayaan Thaipusam agaknya.


Last-last hubby kata kita gi bandar KT dan ke Pasar Chabang Tiga.Nasib baik ada tapi sekarang ni harga dah naik RM8 sekilo santan segar & pekat.Mahalnya.....tapi sebab nak makan nasi dagang dan hubby dah berniat untuk bagi makan ke sanak saudara, beli jugaklah!


Nasi Dagang
Beras nasi dagang memang banyak dijual di kedai-kedai seluruh daerah ni.Kalau tidak boleh guna beras Super Siam. Malam tadi dah rendam beras nasi dagang untuk dikukus pagi Jumaat. Kukus beras selama 1 jam, kemudian angkat dan gaul dengan santan beserta sedikit garam.Gaul halba & hirisan halia, sedikit bawang kecil yang dihiris hingga sebati.Kemudian kukus lagi hingga menjadi nasi.

Gulai Ikan Tongkol
Ikan Aye atau tongkol dah beli dulu semalam......segar-segar di pasar
 Marang. Ikan disiang,bersih dan dipotong.Lepas tu direbus dengan air & asam keping. Untuk membuat gulai ken aguna rempah khas gulai nasi dagang.
Santan dan cili boh di masak hingga mendidih, kemudian masukkan bawang merah,putih,sedikit halia yang sudah diblend.Masukkan rempah dan kacau hingga sebati.Masukkan ikan tongkol, cili padi & telur rebus.Jika ada belimbing besi pun best jugak.....Kacau kesemuanya hingga masak.

Ini lah juadah kami di hari Jumaat lepas......

Note: lambat update coz ada problem ngan broadband ni!

Thursday, January 20, 2011

TETAMU TAK DI UNDANG

Laaa........pagi-pagi lagi dah tak de air.Baru keluarkan ikan kembung segar ( pemberian adik ipar yg turun ke laut semalam). Hmm nak masak macamana ni!

Sementara tu baik ku jenguk pokok-pokok bunga dan kebun kecil di belakang rumah! Sambil2 menyiram, cabut rumput....berpeluh jugak!Tak pe exercise kan bagus!

Kawasan yang saya duduk ni walaupun sebuah taman dalam sebuah kampung tapi ia tetap sejuk sebab still ada hutan......

Hah........ada tetamu tak diundang dalam taman ni dan belakang rumah!


Menyedut udara pagi!

mencari rezeki

Si Belalang ni pulak nak try daun pokok


Sang Rerama

Tuesday, January 18, 2011

Simple Breakfast

Hari ni seperti hari-hari sekolah yang biasa, kena bangun awal untuk menyiapkan sarapan & bekal untuk Dania ke sekolah.


Hah.....semalam for lunch masak lauk sardin....ada lebih tu simpan dalam fridge. So....breakfast pagi ni yang simple ialah Roti Sardin Gulung.......



Roti Sardin Gulung


Sedap dimakan panas-panas.......Wow!

Senang aje nak buat ni......

ROTI SARDIN GULUNG

4-6 keping roti - saya guna roti Gardenia sebab lembut & rangup bila digoreng
                   
Inti Sardin - cili merah,bawang merah - ditumis dengan minyak
                 - masukkan sardin dan biar mendidih
                 - masukkan sedikit garam,gula & asam jawa
                 - kacau hingga masak

Roti digiling dgn roller sampai nipis, masukkan inti sardin dan gulung.Letak sedikit air untuk gamkan tepi roti.
Goreng dengan minyak yang sedikit. Hidang panas-panas....


Salam ceria dari Mama Gee