Petang semalam seperti kebiasaan,selepas hantar Dania pergi mengaji pada pukul 5ptg, kami akan singgah ke rumah K.Lah atas bukit tak jauh dari rumah kami.Sampai saje di depan rumah, nampak K.Lah & anaknya Ima sedang membonceng motosikal.
RM: Nak gi mana K.Lah ,Ima…..
Ima: nak gi ambik ubat…..(dengan senyum simpulnye)
RM: Ubat? Kat mana?Sapa sakit? (Tanya saya lagi)
Ima: Rumah Yati…nak pegi jomlah!
RM: ok……
Lepas tu kami pun berpatah balik turun bukit ke rumah Yati, anak sepupu kami di Perumahan Rakyat, tak jauh dari rumah K.Lah. Dalam perjalanan kesana Yaya (anak sulong saya) bertanya:
Yaya: Mama,K.Yati sakit apa?
Dania: he he he
Dania tergelak & Papa senyum saje…….Saya naik heran????
Papa: nak ambik ubat lah Yaya…..
Sampai je dirumah Yati….K.Lah & Ima tesenyum besar…..
Hmmmm bukan Yati yg sakit dan nak ambik ubat tapi makna disebalik UBAT tu yg menggelikan hati.
Rupa-rupanya UBAT yg dimaksudkan tu adalah berita/info terkini…….(senang cite nak bergosip lah tu!!!!!!)
Tertipu lagi Mama Gee!