Monday, January 24, 2011

JEWELS OF MY LIFE = PERMATA HATI KU

Ini adalah entri pengenalan  “Jewels of my life” permata-permata hatiku. Saya mempunyai  4 orang anak.Sepasang anak remaja hasil dari perkahwinan pertama dan sepasang hasil perkongsian dgn suami sekarang.


Anak sulongku Yaya

Anak sulong, Rashiqah Suraya Ramlan@Yaya baru sahaja menyambut ulangtahun ke 21 pada 8hb Januari 2011 yg lalu. Yaya anak istimewa “Down Syndrome”. Shukor dengan berkat usaha kami sekeluarga selain dari pakar kanak-kanak, kami juga pergi ke Semenyih,Kajang,Bangi dan beberapa tempat lain untuk mengubati penyakitnya, Yaya mula berjalan semasa berumur 2tahun dan bercakap walaupun pelat pada umur 6 tahun.Saya yang bekerja dengan CELCOM pada masa itu rasa bertuah kerana pihak syarikat menyediakan Tadika&Taska untuk pekerja.Saya yang mahukan Yaya seboleh-bolehnya seperti kanak-kanak biasa menghantar Yaya ke Tadika CELCOM supaya dia dapat belajar& bergaul dgn kanak-kanak normal. Pada umur 7thn Yaya dimasukkan ke Kelas Khas di Sek Rendah Pandan Indah dan seterusnya ke Sek Men Yaakob Latif hingga tahun 2010.
Sekarang Yaya berpindah ke Marang untuk tinggal bersama saya sekeluarga.Saya sedang mencari jika ada                                                                      kursus2 sesuai untuk dipelajari olehnya atau ada tempat 
                                                                    yg boleh menerimanya bekerja supaya Yaya boleh terus
                                                                    berdikari.



Si Bujang Iman

Anak kedua, seorang lelaki alhamdullilah seorang bayi normal.Rafiqin Iman Ramlan@Iman dilahirkan pada tahun 1993 dan  berusia 17thn. Seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak kerana dapat memasuki sekolah berasrama iaitu Sek Teknik Sepang dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan sedang menunggu keputusan SPM…..Semoga Iman mendapat keputusan cemerlang!




Sis Dania & little brother Arash

  
 Anak ketiga bersama suami sekarang seorang perempuan dinamakan Nur Dania Qistina Nafi@Dania lahir pada 2004.Alhamdullilah seorang bayi normal dan baru memasuki Darjah 1 di SK Gong Nangka,Marang.Dania juga aktif dan diharapkan agar dia berjaya dalam pelajaran kerana tahun ini kurirulum baru KSSR diperkenalkan di mana keputusan UPSR nanti akan dinilai dari sekarang iaitu 60% markah peperiksaan & 40% dari kedatangan,kokurikulum,penampilan diri dll.




Anak bongsu, Nor Muhammad Anique Arash Nafi @Arash dilahirkan normal tetapi pada umur 3 tahun tidak bercakap sepatah pun. Akan berusia 6tahun pada 11 March nanti, kami membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan.Setelah beberapa bulan berulang-alik dari Klinik Kanak-kanak ke Klinik Oral untuk pemeriksaan telinga…didapati ia normal dan tiada kecacatan pendengaran Cuma pakar menyatakan Arash seorang anak ADHD&Autism….jadi disarankan untuk berjumpa dengan pakar psikitari……Sementara itu Arash menjalani Speech Therapy (komunikasi)sebulan sekali & Occupational Therapy  (untuk sensitivity & focus)juga sebulan sekali……Selain itu, kami juga membawanya membuat rawatan secara tradisional……
Diagnos tepat mengenai penyakit sebenar Arash akan diketahui bulan depan.(Februari 2011). 

Sunday, January 23, 2011

Menu Jumaat

Wow.......semalam satu hari cari santan kelapa.Puas cari di pasar Marang,kedai disekitar Kg Sungai Kerak ni....tak delah pulak! Agak2nye kekurangan kelapa sebab dah ekspot ke negeri-negeri yang meraikan perayaan Thaipusam agaknya.


Last-last hubby kata kita gi bandar KT dan ke Pasar Chabang Tiga.Nasib baik ada tapi sekarang ni harga dah naik RM8 sekilo santan segar & pekat.Mahalnya.....tapi sebab nak makan nasi dagang dan hubby dah berniat untuk bagi makan ke sanak saudara, beli jugaklah!


Nasi Dagang
Beras nasi dagang memang banyak dijual di kedai-kedai seluruh daerah ni.Kalau tidak boleh guna beras Super Siam. Malam tadi dah rendam beras nasi dagang untuk dikukus pagi Jumaat. Kukus beras selama 1 jam, kemudian angkat dan gaul dengan santan beserta sedikit garam.Gaul halba & hirisan halia, sedikit bawang kecil yang dihiris hingga sebati.Kemudian kukus lagi hingga menjadi nasi.

Gulai Ikan Tongkol
Ikan Aye atau tongkol dah beli dulu semalam......segar-segar di pasar
 Marang. Ikan disiang,bersih dan dipotong.Lepas tu direbus dengan air & asam keping. Untuk membuat gulai ken aguna rempah khas gulai nasi dagang.
Santan dan cili boh di masak hingga mendidih, kemudian masukkan bawang merah,putih,sedikit halia yang sudah diblend.Masukkan rempah dan kacau hingga sebati.Masukkan ikan tongkol, cili padi & telur rebus.Jika ada belimbing besi pun best jugak.....Kacau kesemuanya hingga masak.

Ini lah juadah kami di hari Jumaat lepas......

Note: lambat update coz ada problem ngan broadband ni!

Thursday, January 20, 2011

TETAMU TAK DI UNDANG

Laaa........pagi-pagi lagi dah tak de air.Baru keluarkan ikan kembung segar ( pemberian adik ipar yg turun ke laut semalam). Hmm nak masak macamana ni!

Sementara tu baik ku jenguk pokok-pokok bunga dan kebun kecil di belakang rumah! Sambil2 menyiram, cabut rumput....berpeluh jugak!Tak pe exercise kan bagus!

Kawasan yang saya duduk ni walaupun sebuah taman dalam sebuah kampung tapi ia tetap sejuk sebab still ada hutan......

Hah........ada tetamu tak diundang dalam taman ni dan belakang rumah!


Menyedut udara pagi!

mencari rezeki

Si Belalang ni pulak nak try daun pokok


Sang Rerama

Tuesday, January 18, 2011

Simple Breakfast

Hari ni seperti hari-hari sekolah yang biasa, kena bangun awal untuk menyiapkan sarapan & bekal untuk Dania ke sekolah.


Hah.....semalam for lunch masak lauk sardin....ada lebih tu simpan dalam fridge. So....breakfast pagi ni yang simple ialah Roti Sardin Gulung.......



Roti Sardin Gulung


Sedap dimakan panas-panas.......Wow!

Senang aje nak buat ni......

ROTI SARDIN GULUNG

4-6 keping roti - saya guna roti Gardenia sebab lembut & rangup bila digoreng
                   
Inti Sardin - cili merah,bawang merah - ditumis dengan minyak
                 - masukkan sardin dan biar mendidih
                 - masukkan sedikit garam,gula & asam jawa
                 - kacau hingga masak

Roti digiling dgn roller sampai nipis, masukkan inti sardin dan gulung.Letak sedikit air untuk gamkan tepi roti.
Goreng dengan minyak yang sedikit. Hidang panas-panas....


Salam ceria dari Mama Gee

Saturday, January 15, 2011

Having Cucur on Sunday Morning

Salam Everybody.....have a good Sunday  !!! I know most of you are still in bed,snoozing & having sweet dreams..eventhough here in Marang,its a working/schooling day...

So....wats for breakfast this morning ....making breakfast or having it outside.If I'm in KL now most probably I'll be eating outside....so many choices!!!

As for me here, after sending Dania to school,I make Cucur Bawang, my own style & an all time  favourite since I was small until I have kids....and the family luvs it too....


Cucur Bawang My Style
 How to make Cucur  Bawang

2 cups of flour
1 1/2 cup of warm water - add some salt & stir
1 big onian - slice
smaal potion of anchovies or ikan bilis
Carrot - slice
1 egg
1/2 tsp baking powder

1. Add flour, warm water+salt into a big bowl.
2. Add onion,carrot & anchovies.Stir & mix well.
3. Add egg & a bit water if needed.
4.Put some oil in the frying pan and take a big spoonful of the mixed cucur & fry until brownish.
5.serve while it is hot with Chili/Thai Sos.


Friday, January 14, 2011

Kari Ikan Aye


Hari ni masak simple je ....lagipun tak tahu nak masak apa weekend ni.Tak sempat pergi pasar, jenguk-jenguk dalam fridge ada kepala Ikan aye @Tongkol......Hah buat kari lah dengan Telur Dadar & ulam budu.....favourite Hubby.....

RESEPI KARI IKAN AYE

Bahan -bahan:-

Kepala Ikan Aye atau 2 keping ikan pun boleh
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih - 2 ulas ditumbuk/2ulas dihiris
serbuk kari ikan
2 sudu besar cili kering - yg sudah diblend
daun kari,
cili hijau,tomato,cili padi
sedikit santan/saya gunakan sedikit susu cair sebab tak gunakan santan

Cara membuat:-

1.Tumbuk bawang merah dan 2 ulas bawang putih sehingga lumat
2.Masukkan serbuk kari dan cili kering kedalam bawang yg telah ditumbuk dan gaul dengan sedikit air.
3.Panaskan minyak dalam kuali.
4.Tumis daun kari & hirisan bawang putih. Kemudian masukkan bahan2 yg telah digaul tadi. Tumis kari sehingga naik bau.
5.Masukkan ikan aye dan sedikit air,biar hingga mendidih.
6.Masukkan sedkit garam,gula & susu cair.Biar hingga empuk.
7.Bila ikan sudah masak, masukkan tomato,cili hijau & cilipadi.
8.Sedia untuk dihidang
Posted by Picasa

Bubur Ayam

Hari ni disebabkan Dania tak sehat,saya buatkan bubur ayam untuknya.
Selain ayam,saya masukkan hirisan carrot & sedikit ikan bilis goreng.

Resipi ringkas bubur ayam:-

Bahan-bahan:-
1 pot beras
sedikit halia
1/2 btg carrot
Hirisan isi ayam
sedkit garam

Cara membuatnys:-
1.Beras di basuh dan ditos.
2.Kemudian masukan beras kedalam periuk, isikan air secukupnya dan jerang lebih kurang 1jam.
3.Masukkan hirisan halia,ayam & carrot kedalam periuk.
4.Bubuh sedikit garam.Jika kurang air, tambahkan air hingga menjadi bubur.
5.Jika air kurang, tambah air hingga menjadi bubur.
6.Letakkan sedikit ikan bilis goreng sebelum dihidang.
Posted by Picasa