Showing posts with label menu iftar. Show all posts
Showing posts with label menu iftar. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Iftar di Surau AlHijrah,Kg Sg Kerak

Majlis berbuka puasa bersama jemaah kg sg kerak di Surau Al hijrah semalam 13 Ramadhan. Meriah dgn kehadiran jemaah di sekitar kg.Dari pagi bergotong- royong memasak hingga ke ptg menyiapkan juadah berbuka. Antara menu adalah Gulai daging kawah (favourite dania), kerabu taugeh, ayam goreng berempah,ikan selayang goreng,sambal tumis udang dgn petai,sambal belacan. Huh sedap2 lauk tu! Alhamdullilah, kenyang sungguh. . . .

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 10, 2011

Steam Baby Garoupa

Yesterday I went to my usual market;Pasar Marang to buy fresh food and vege.. Actually i dont have the idea to cook what type of menu for Iftar @ breaking fast today.It depands on what type of fishes or seafood found in the market. Well after bought 1/2 fresh chicken, OMG the price is rising and it cost me RM10 for half chicken? I pretty sure when Hari Raya is nearer the price will be increased further. Then I look for fishes,all are fresh.. .jack,shark,mackerel,pomfret,squid etc then I saw 2 baby garoupa. . .well my mind triggered me to cook Chinese style today.I grab the baby garoupa for RM12 and 1/2 kg of squid. So. .here is the receipe of Steam Garoupa (my style) Ingrediants:- Small size garoupa young ginger - cut thin slices Carrot Spring onion & coriander 3 garlic - pound 1 lemon grass - pound slughtly tom yam cube, lime juice,oyster sauce,salt & sugar 1.Put fish in a plate. 2.Add all the ingrediants on top and inside the fish. 3. Make sure steamer is ready then place the fish in the steamer and steam for abt 30 - 40 minutes.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 8, 2011

Telur Bungkus

BAHAN2 :-
2 biji telur ayam
1cawan mixed vege
3 sudu besar minced beef
1 bj bawang besar,
3 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih - di kisar
2 sudu besar cili kering - dikisar
garam.gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Tumis cili kering hingga masak dan masukkan bawang yg telah dikisar tadi. Kacau hingga semua bahan masak.
3.Letak garam &gula secukup rasa.
4.Masukkan minced beef dan kacau hingga daging empuk.
5.Kemudian masukkan mixed vege dan kacau sebati.
6.Dalam frying pan leper,panaskan sedikit minyak dan masukkan telur yg telah di kacau terlebih dahulu.Bentukkan macam lempeng.
7.Masukkan inti yg telah dimasak tadi dan bungkus macam murtabak.
8.Telur bungkus sedia untuk dimakan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menu Iftar 8 Ramadhan : Pla Sam Rod Ikan Bawal & Telur Bungkus

Semalam saya masak masakan Italy ; Spaghetti Marinara. Hari ini disebabkan ketandusan idea,ada rakan sekolah dan facebook mencadangkan saya masak mengikut negara yg ada di dunia ni. Ada lebihkurang 176 buah negara,jadi lebih dari 30 jenis masakan berbeza setiap hari. Jadi taklah saya kekeringan idea utk memasak. . He he bukanya saya tahu semua resipi tu.

Hari ini saya masakan saya ala Thai iaitu Pla Sam Rod Ikan Bawal atau ertikata lain Ikan goreng bercili.lebih kurang macam 3 rasa dan Telur Bungkus. Resipi ikan ni dahl bertahun saya salin dari rancangan masakan di TV tapi dah lupa siapa chef nya.



Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 7, 2011

Spaghetti Marinara

Bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti
udang,sotong atau lain2 seafood
1 bj bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1 tin tomato puree
1 bj tomato
1 bj cili benggala/cili merah

Cara Membuatnya:
1. Rebus spaghetti dlm periuk selama lebih kurang 15 minit.letak sedikit garam & minyak.
2.Panaskan kuali dan bubuh minyak zaitun.
3.Tumis bawang besar &bawang putih hingga kekuningan.
4.Masukkan sotong & udang.goreng hingga masak.
5.Masukkan tomato puree,garam & gula secukup rasa.
6.Masukkan cili dan gaul kesemua bahan hingga sebati.Masukkan spaghetti dan sedia untuk dihidang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ketiga umat Islam Malaysia menunaikan ibadah puasa.Kawan2 blogger semua puasa tak? Mesti jenuh nak pikir juadah & menu Iftar. .yelah nak masak atau beli atau makan di luar selama 30 hari.

1 Ramadhan,menu saya: Rendang Daging sbb hubby ada di rumah. Hari kedua: Tomyam Seafood+ sayur dan hari ini lagi simple,saya buat Mee Hoon Spore.
Published with Blogger-droid v1.7.4