Showing posts with label telur bungkus. Show all posts
Showing posts with label telur bungkus. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Telur Bungkus

BAHAN2 :-
2 biji telur ayam
1cawan mixed vege
3 sudu besar minced beef
1 bj bawang besar,
3 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih - di kisar
2 sudu besar cili kering - dikisar
garam.gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Tumis cili kering hingga masak dan masukkan bawang yg telah dikisar tadi. Kacau hingga semua bahan masak.
3.Letak garam &gula secukup rasa.
4.Masukkan minced beef dan kacau hingga daging empuk.
5.Kemudian masukkan mixed vege dan kacau sebati.
6.Dalam frying pan leper,panaskan sedikit minyak dan masukkan telur yg telah di kacau terlebih dahulu.Bentukkan macam lempeng.
7.Masukkan inti yg telah dimasak tadi dan bungkus macam murtabak.
8.Telur bungkus sedia untuk dimakan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Menu Iftar 8 Ramadhan : Pla Sam Rod Ikan Bawal & Telur Bungkus

Semalam saya masak masakan Italy ; Spaghetti Marinara. Hari ini disebabkan ketandusan idea,ada rakan sekolah dan facebook mencadangkan saya masak mengikut negara yg ada di dunia ni. Ada lebihkurang 176 buah negara,jadi lebih dari 30 jenis masakan berbeza setiap hari. Jadi taklah saya kekeringan idea utk memasak. . He he bukanya saya tahu semua resipi tu.

Hari ini saya masakan saya ala Thai iaitu Pla Sam Rod Ikan Bawal atau ertikata lain Ikan goreng bercili.lebih kurang macam 3 rasa dan Telur Bungkus. Resipi ikan ni dahl bertahun saya salin dari rancangan masakan di TV tapi dah lupa siapa chef nya.



Published with Blogger-droid v1.7.4